29 Januari 2011

Si gadis lurus bendul

Assalammualaikum,
Bagaimana mengenali gurauan dalam sindiran? Apa pula maksud senyuman dalam tangisan? Lagi satu...soalan cepuK emas....macam mana nak kenal lamaran dalam gurauan? hehehe.....pening lalat sat kan....?

Alkisah....seorang lelaki di awal 40an yg mempunyai anak seramai 6 orang bertanyakan kepada seorang gadis yg berumur 18 tahun "kalo kamu dijodohkan dengan seorang lelaki yg berumur, apakah kamu akan menerimanyer?"
Si gadis menjawab dengan lurus bendulnyer "kalo itu yg ditakdirkan Tuhan, maka saya akan menerimanyer."

Terjadilah salah faham, si lelaki sudah gilang bayang sama anak dara org (gadis lurus bendul). Heboh satu kampung di katakan si gadis lurus bendul menerima lamaran lelaki anak 6. Waduh! Kacau bilau! Si gadis di soal selidik, benarkah punya hati pada si lelaki hidung belang? Si gadis lurus bendul di tuduh perosak rumahtangga orang. Huaa....apalah malang si gadis lurus bendul.

Adakah ini yg dikatakan lamaran dalam gurauan? Oh tidak! Itu bukan lamaran dalam gurauan wahai gadis si lurus bendul! Itu adalah lamaran seorang lelaki di awal 40an yg punya anak seramai 6 orang. Ulang sekali lagi....punya anak seramai 6 orang! Dan ketahuilah wahai gadis lurus bendul, anak bujangnyer layak untuk kamu jadikan suami!

Apakah salah si gadis menjawab sebegitu? Sedang tika soalan itu diajukan, tidak terfikir dek akal fikiran gadis lurus bendul bahawa 'lamaran' itu bahawasanyer adalah untuk si empunya diri si lelaki yg punya anak 6!

Andai ditukar soalan seperti "kalo kamu dijodohkan dengan seorang lelaki yg sudah berumahtangga, yg punya anak 6 org, menjadi isteri keduaku, apakah kamu akan menerimanyer?"

Sudah pasti si gadis lurus bendul menjawab "tidak sama sekali! Saya tidak mungkin menjadi isteri kedua pakcik dan saya tidak mungkin membina kebahagiaan dari kemusnahan rumah tangga org lain"

Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata.......

Andai bisa manusia bergurau untuk hiburan, andai bisa manusia menegur tanpa sindiran, andai bisa manusia senyum penuh keikhlasan, andai bisa manusia menangis dengan kesungguhan, andai bisa lamaran tanpa gurauan, andai bisa manusia tidak bergurau dalam hal yg serius....andai bisa.......... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan